Sunday, 31 July 2011

FOKUS RAMADHAN (hari ini malam pertama)

Ramadhan adalah bulan barakah, rahmat, dan kebahagiaan. Betapa perlunya manusia merenung sejenak untuk bersiap-siap menyambutnya berikutan banyaknya kebaikan-kebaikan yang terkandung di dalamnya. Ia merupakan bulan yang dihormati di masa jahiliyah, dan semakin dihormati dan dimuliakan ketika Islam datang. Pada bulan ini Allah Subha Nahu Wa Taala menurunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia. Betapa perlunya kita mengenangkan dan menyedarkan jiwa tentang hak Ramadhan sebelum menemuinya.
Saudaraku sekalian, Allah Subha Nahu Wa Taala menjadikan bulan ini sebagai bulan yang agung, memberikan keistimewaan yang banyak sekali kepadanya, serta menjadikannya sebagai salah satu fasa kehidupan yang paling berharga dan salah satu stesyen perjalanan di atas jalan hidup yang lurus. Pada bulan itu, seorang Muslim mencurahkan sebahagian besar perhatiannya kepada Allah Subha Nahu Wa Taala, hari Akhirat dan peningkatan rohani sebelum peningkatan material. Ia adalah bulan ruhani, bulan kebersihan jiwa, bulan munajat, serta waktu untuk mengadap yang Maha Esa, memohon pertolongan daripada Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar, dan menjalin hubungan dengan Al-Mala’ul A’la. Ia adalah bulan yang mempunyai penuh keistemewaan.
“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Kerana itu, barangsiapa di antara kalian hadir (di negeri tempat tinggalnya) pada bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kalian mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kalian, supaya kalian bersyukur.” 
 (Al-Baqarah:185)

Thursday, 28 July 2011

RENUNGAN RAMADHAN

Photo by azmanms
Lagi dua hari umat Islam akan menyambut bulan yang penuh berbagai kelebihan.Ramadhan adalah bulan perasaan dan ruhani, serta saat untuk menghadapkan diri kepada Allah. Sejauh yang saya ingat, ketika bulan Ramadhan menjelang, sebagian Salafush Sholih mengucapkan selamat tinggal kepada sebagian lain sampai mereka berjumpa lagi dalam sholat ‘Id. Mereka rasakan adalah ini bulan ibadah, bulan untuk melaksanakan shiyam (puasa) dan qiyam (shalat malam) dan kami ingin menyendiri hanya dengan Rob kami.
Jika sebagian besar waktu selama setahun telah digunakan untuk mengadakan kajian-kajian tentang Al-Qur’an, maka jadikan Ramadhan ini kita gunakan untuk melaksanakan hasil dari kajian-kajian tersebut. Mengkhatamkan Al-Qur’an satu kali di bulan Ramadhan. Ini merupakan cara mengkhatamkan yang indah. Jibril biasa membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an dari Nabi saw. Sekali dalam setahun.

Tuesday, 26 July 2011

AL-FATIHAH...


Photo by azmanms
Sambil minum teh tarik dan menunggu hujan reda di kafetaria tadi, kita berbual-bual dengan dua orang kawan. Topiknya simple saja iaitu al Fatihah dalam solat. Kami bertiga pada mulanya bersetuju bahawa membaca surah al Fatihah adalah rukun solat. Masalahnya bila jadi rukun dan sengaja ditinggalkan maka batallah solat tersebut.
 Di sinilah bermulanya percanggahan pandangan kami yang sama-sama jahil...

Monday, 25 July 2011

AKIBAT

photo by azmanms.
Maksiat lawannya taat. Kedua-duanya, hanya Allah swt yang tahu. Maksiat ada kesannya, taat pun ada kesannya tersendiri. Ketaatan menjadi suatu yang manis bagi si Mukmin, manakala maksiat adalah suatu kelazatan bagi mereka yang engkar. Sesungguhnya maksiat dan pengaruhnya sangat membahayakan insan di dunia dan akhirat. Mukmin, sentiasa berhati-hati dalam kehidupan hariannya agar tidak terperangkap dalam kemaksiatan. Walaupun hanya Allah swt yang tahu semua tindakan ketaatan dan juga kemaksiatan insan, kesan dan pengaruhnya dapat dilihat semasa hidup di dunia.

ALATAN PERLU

First day HX7V Teratai Chepor
First Time HX7V Medan Selera Tasek
First Day HX7V Teratai Chepor

Sunday, 24 July 2011

NAZAK JIWA

Kampung Teluk Batu Lenggong, Perak. Malaysia.

Ramadhan…
Bagai semalam aku ditinggalkan
Tiba-tiba hari ini anak bongsu menghitung taqwim di dinding
…”abah lagi enam hari”..
Harum mu menyusuk nurani alpa ku

Jauh di sudut hati bagai direntap-rentab
Mana mungkin spesis seperti aku menyambut ramadhan
Dengan rasa iman dan aman
Apa yang terbayang di anganan..
…berapa ribu sebulan tahun ni..

Saturday, 23 July 2011

KELIRU LAGI DIKELIRUKAN

Photo by azmanms
Hari ini  nampak serupa tapi tak sama
Wahai anakku kita ada Tuan punya..
Berhati-hati jangan keliru
Antara kebajikan atau amal sia-sia.

Sebenarnya apa yang kita lihat adalah yang kita rasa
Cuma nurani kita kadangkala lalai
Seringnya mudah amat tertipu dalam keliru..