Saturday 23 July 2011

KELIRU LAGI DIKELIRUKAN

Photo by azmanms
Hari ini  nampak serupa tapi tak sama
Wahai anakku kita ada Tuan punya..
Berhati-hati jangan keliru
Antara kebajikan atau amal sia-sia.

Sebenarnya apa yang kita lihat adalah yang kita rasa
Cuma nurani kita kadangkala lalai
Seringnya mudah amat tertipu dalam keliru..

Wahai anaku bingkaslah dalam beramal
Kerana malam mengejar siang
Malah siang tetap setia menanti malam
Begitulah jadual alam
Tapi kita masih mencoggak memilih amal
Tanpa sedar kita keliru lagi

Wahai anak-anak
Kejutkan sedar gerakan faham
Ikut rasa binasa ikut nafsu lesu
Natijah dari hilang rasa Bertuan Cuma agak-agak Bertuhan…
Tidak rasa bermatlamat… buta pada akibat…

Bongkar Rasa:
azmanms Ipoh
24/7/11
2:02am


No comments:

Post a Comment